Rakan ham berpindah ke Kemaman

25.12.2009 - Rakan ham lokalan Kuala Terengganu 9W2DIG(Tuan Nik) telah menjalankan operasi pindah-memindah barang-barang dan harta bendanya untuk dibawa ke lokalan Kemaman.
Pada hari berkenaan, ramailah rakan-rakan yang datang membantu pungah-memungah barang naik ke atas lori. 3 buah lori bertayar enam telah penuh dengan segala macam muatan.
Antara rakan-rakan yang membantu ialah 9w2sik dan xyl, 9w2kcg, 9w2yay, 9w2bha, 9w2okt dan anaknya along, 9w2bpr dan family dan ramai lagi(maaf ambe lupa).


Kepada Tuan Nik, selamat bertugas di tempat baru, tempat lama jangan dilupakan, kami rakan-rakan semua mendoakan kebahagian anda sekeluarga.
Terima kasih juga kerana menyediakan juadah kepada kami pada hari tersebut. Memang sedap hingga tambah dua tiga pinggan. 73

Popular posts from this blog

Taklimat Penggantian Komputer di BTPN TRG