Kenduri di Temerloh rumah pakcik Nor 18.12.2009

Kami bertolak dari lokalan Kuala Terengganu ke Temerloh pada QTR 23.30 melalui jalan Jerangau-Jabor. Dalam perjalanan ke sana sempat berQSO dengan 9w2dts dan 9w2puz. Tiba di Temerloh pada qtr 04.00 dan terus tidor sampai 09.00. Memang seronok kenduri di sana...dijalankan secara gotong-royong....sekor lembu ditumbangkan...ermm best makan nasi minyak dengan gulai kawah.

Semasa di Taman Tualang Indah Temerloh, ambe sempat bersalaman dengan rakan ham dari KL 9w2gfa(Firdaus) yang merupakan sepupu kepada xyl Haji Mohd Nor(tuan rumah).

Terima kasih buat pakcik Nor sekeluarga atas layanan istimewa anda dan selamat pengantin baru untuk Aji dan Mas semoga kekal ke akhir hayat.

19.12.2009 kami bertolak pulang ke lokalan KT pada qtr 11.00 dan singgah di Paya Pulai untuk ke base Abg. Mie(9w2bdm dan xylnya 9w2sia). Kat sana sempat bersalaman dengan rakan ham Temerloh 9w2mhr dan 2 lagi rakan(maaf callsign lupa la). Lama jugak kami kat sana hampir 2 jam terlalu asyik melihat abg mie tengah design antenna baru...terima kasih juga untuk abg mie dan kak lily atas layanan anda dan hadiah istimewa abg mie pada ambe antenna kecik molek tu(maaf gambar tak sempat nak shot). Semoga jumpa dan jumpa lagi di lain masa....73

Popular posts from this blog

Apa itu Radio Amature