Posts

Showing posts from 2009

Rakan ham berpindah ke Kemaman

Image
25.12.2009 - Rakan ham lokalan Kuala Terengganu 9W2DIG(Tuan Nik) telah menjalankan operasi pindah-memindah barang-barang dan harta bendanya untuk dibawa ke lokalan Kemaman. Pada hari berkenaan, ramailah rakan-rakan yang datang membantu pungah-memungah barang naik ke atas lori. 3 buah lori bertayar enam telah penuh dengan segala macam muatan. Antara rakan-rakan yang membantu ialah 9w2sik dan xyl, 9w2kcg, 9w2yay, 9w2bha, 9w2okt dan anaknya along, 9w2bpr dan family dan ramai lagi(maaf ambe lupa). Kepada Tuan Nik, selamat bertugas di tempat baru, tempat lama jangan dilupakan, kami rakan-rakan semua mendoakan kebahagian anda sekeluarga. Terima kasih juga kerana menyediakan juadah kepada kami pada hari tersebut. Memang sedap hingga tambah dua tiga pinggan. 73

"Open with" problem and the solutions

Biasanya harddisk atau pendrive yang telah terkena virus akan memberikan kesan "open with" apabila kita hendak membukanya dengan cara mengklik terus pada drive c, d atau pendrive. Ini berlaku disebabkan oleh virus autorun.Inf dan terdapat cara untuk membetulkannya semula. Langkah-langkah membuang autorun.Inf: 1. Buka command prompt 2. Taip---> cd\ 3. Taip---> Attrib -r -h -s autorun.Inf 4. Taip---> Del autorun.Inf 5. Ulang langkah 1 - 4 untuk drive yang lain 6. Restart bila sudah selesai selamat mencuba...73

Taklimat Penggantian Komputer di BTPN TRG

Image
23.12.2009, qtr 10.30, btpn marang, ambe dan pengetua telah menghadiri satu taklimat majlis penyerahan komputer sebanyak 22 buah bagi kegunaan pelajar di smk chalok model khas. Turut sama dlm majlis tersebut 9w2rtm(cikgu din pkg langkap) yang mewakili pkg langkap. Majlis berakhir pada qtr 12.30 dgn jamuan makan tengah hari dan ambe bertolak pulang ke base setelah selesai makan-makan. Dlm perjalanan pulang sempat juga ambe berqso dgn 9w2bno(cikgu jamal) dalam dua tiga over...di mana cikgu jamal berada di kuala berang pada ketika itu. Kat sana ada juga ambe cari-cari rakan ham yang lain kot-kot ada...tapi tak ada yang muncul, ingatkan 9w2cgm(cikgu mie) pon ada...rupa-rupanya tak ade. Dgn adanya penambahan komputer baru ni maka bertambahlah lagi tugas ambe dan rakan 9w2xly(cikgu lie) di sekolah. 73

Rakan ham KL

Image
21.12.2009 - Semasa ambe dan family di A&W Batu Buruk terjumpa dengan rakan ham dari KL 9w2man(azman) dan stafnya yang datang menjalankan tugas di KT, sempat borak-borak kejap dan kita orang sambung eyeball di restoran tepi jalan Sultan Omar. Turut sama rakan-rakan lain seperti 9w2ajq, 9w2fsi, 9w2wtr, 9w2tfk, 9w2sik, 9w2kcg dan beberapa rakan swl yang lain. Sembang punya sembang sampai tak sedar yang restoran pon dah nak tutup dalam qtr 00.30. Semoga jumpa lagi di lain kelapangan. 73

Rakan ham KB

Image
19.12.2009, qtr 23.00, restoran depan jpj, eyeball dengan rakan-rakan ham dari KB dan Dungun. Antara yang hadir pada malam tu ialah 9w2bpr, 9w2ajq, 9w2fsi, 9w2umk, 9w2wss dan 9w2wna. Rakan-rakan ham ke lokalan KT atas urusan sukan IPTA/IPTS yang diadakan di UDM...begitulah menurut cerita rakan kita 9w2umk(pok z). Terima kasih pada rakan-rakan semua kerana sudi eyeball bersama kami di lokalan KT...semoga jumpa lagi di lain kesempatan. 73

Kenduri di Temerloh rumah pakcik Nor 18.12.2009

Image
Kami bertolak dari lokalan Kuala Terengganu ke Temerloh pada QTR 23.30 melalui jalan Jerangau-Jabor. Dalam perjalanan ke sana sempat berQSO dengan 9w2dts dan 9w2puz. Tiba di Temerloh pada qtr 04.00 dan terus tidor sampai 09.00. Memang seronok kenduri di sana...dijalankan secara gotong-royong....sekor lembu ditumbangkan...ermm best makan nasi minyak dengan gulai kawah. Semasa di Taman Tualang Indah Temerloh, ambe sempat bersalaman dengan rakan ham dari KL 9w2gfa(Firdaus) yang merupakan sepupu kepada xyl Haji Mohd Nor(tuan rumah). Terima kasih buat pakcik Nor sekeluarga atas layanan istimewa anda dan selamat pengantin baru untuk Aji dan Mas semoga kekal ke akhir hayat. 19.12.2009 kami bertolak pulang ke lokalan KT pada qtr 11.00 dan singgah di Paya Pulai untuk ke base Abg. Mie(9w2bdm dan xylnya 9w2sia). Kat sana sempat bersalaman dengan rakan ham Temerloh 9w2mhr dan 2 lagi rakan(maaf callsign lupa la). Lama jugak kami kat sana hampir 2 jam terlalu asyik melihat abg mie tengah design ant

RAE 2009/2 16.12.2009

Image
RAE ke 2 telah diadakan di Pulau Wan Man pada 16.12.2009 dengan calon rae seramai 633 orang. Cukup ramai jika dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Pada malam sebelum rae, rakan-rakan di lokalan Kuala Terengganu V38 telah membuat kunjungan ke BTPN Marang untuk bersalaman dengan rakan-rakan ham dari KB yang portable di sana. Antara rakan ham V38 yang hadir ialah 9w2bpr, 9w2sik(dan xyl), 9w2fsi, 9w2yay, 9w2ajq(dan xyl), 9w2wtr dan rakan-rakan SWL yang lain. Antara rakan ham KB yang turut bersama pada malam tersebut ialah 9w2dts, 9w2dtp, 9w2rcm dan ramai lagi hingga lupa ambe dibuatnya... Pada hari RAE, rakan ham Pau-Ju tak lepaskan peluang untuk membuka tikarnya yang dipenuhi dengan peralatan dan aksesori radio. Memang hebatlah rasanya RAE kali ni dan dengar kabarnya RAE tahun hadapan akan diadakan 4 kali setahun....ermmm tahlah betul ke tidak. Semoga dapat berjumpa lagi dengan rakan-rakan ham dari KB...kunjungan anda ke Terengganu amatlah bermakna buat kami di sini. 73 cherioo.

Langkawi 12.12.2009

Image
Disebabkan dapat sponser tiket bas dari KB ke Kuala Perlis, ambe dan xyl serta harmonic tak lepaskan peluang untuk ke Langkawi. Memang susah nak dapat peluang macam ni... Sempat gak possing kat jetty Kuah sambil-sambil tunggu rakan-rakan lain datang untuk ke homestay di Padang Lalang.

My rig's and mobile antenna

Image
Description: Mobile Antenna VHF model VR-7 silver coil Frequency Rang : 144-146 Mhz. Gain : 6.0 dB Max Power Rating : 150 W. Impedance : 50 ohm Length : 174 cm. Weight : 600 g. Specifications Icom V 82 Frequency Coverage (unit: MHz) Version IC-V82 IC-U82

Morse Code

Image
Morse code is a type of character encoding that transmits telegraphic information using rhythm . Morse code uses a standardized sequence of short and long elements to represent the letters, numerals , punctuation and special characters of a given message. The short and long elements can be formed by sounds , marks, or pulses , in on off keying and are commonly known as "dots" and "dashes" or "dits" and "dahs". The speed of Morse code is measured in words per minute (WPM) or characters per minute. Originally created for Samuel F. B. Morse 's electric telegraph in the early 1840s, Morse code was also extensively used for early radio communication beginning in the 1890s. In the early part of the twentieth century, the majority of high-speed international communication was conducted in Morse code, using telegraph lines, undersea cables, and radio circuits. However, the variable length of the Morse characters made it hard to adapt to auto

Nice Rig's Mobile

Image
Ermmm...bila le aku boleh dapat Rig's semacam ni, berapa agaknya RM yang diperlukan untuk melengkapkan jalopy ku dengan rig's semacam ni...mimpi dulu le gamaknyerrr.

CHEAP AND EASY TO BUILD 2 METER ANTENNAS

Image
Interested in ultra low cost 2 meter antennas that are easy to build using cheap parts; that require no tedious matching and adjusting; that are almost invisible; that are portable, compact, quickly assembled; and that can be converted into a beam? If so read on! These antennas are somewhat based on the "V" designs in other projects on this site. They include the Ultra-simple wire version in figure 1 The Table Top version in figure 2 The 2 element beam version in figure 3 Fig. 1 Ultra-simple "wire" version above made on an SO-239 connector. Designed for hanging from any handy support and can be hung from trees, used inside motel rooms or as a "stealth" antenna. Fig 2. Table top "wire" version above using a dowel or other simple base. Upper and lower elements must be self supporting. Use aluminum or copper tubing. Disregard the reference to the upper insulator in figure 2 Fig 3. Yagi or Beam version above This is a variation of the designs above.

How Ham Radio Works

A teen in Florida makes friends over the airwaves with a ham in Germany. An aircraft engineer in Washington participates in an annual contest and exchanges call signs with hams in 100 countries during a single weekend. In North Carolina, volunteers pass health and welfare messages in the aftermath of a hurricane. This mix of fun, public service, friendship and convenience is the main feature of amateur radio. The true origin of the term "ham" seems to have been lost, but there are several theories. It may simply be a shortcut way of saying the first syllable of amateur radio, or it may have originally been used as an insult. Hams start out in amateur radio for many reasons, but they all have in common a basic knowledge of radio technology, regulations and operating principles. Ham radio can be very portable and affordable. In this article, we will look at ham radio and show you how to get started in this wireless world!

Berminat dengan hobi Radio Amatur??

Hanya individu yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut: Pertama: Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio untuk mendapatkan Sijil Perakuan Kelas B, jika anda lulus anda layak berkomunikasi dengan tanda panggilan 9W2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia dan 9W6 dan 9w8 untuk Sabah serta Sarawak. Kedua: Selepas satu tahun anda memegang Sijil Perakuan Kelas B. Menduduki ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori radio untuk mendapatkan Sijil Perakuan Kelas A. Selepas anda lulus ujian kedua ini anda layak berkomunikasi keseluruh dunia dengan tanda panggilan 9M2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia dan 9M6 dan 9M8 untuk Sabah serta Sarawak.

Undang-undang Radio Amatur

Lesen radio amatur di negara ini terbahagi kepada 2 kelas iaitu A dan B. Lesen B merupakan lesen asas yang dikeluarkan kepada calon yang lulus RAE. Lesen B membolehkan operator radio amatur mengendalikan radio pada julat dan kuasa pancaran (watt) yang lebih rendah berbanding pemegang lesen kelas A. Pemegang lesen kelas B akan mendapat callsign yang bermula dengan 9W2 atau disebut sebagai Nine-Whiskey-Two manakala pemegang lesen kelas A disebut sebagai 9M2 atau Nine-Mike-Two. Callsign tersebut adalah unik bagi setiap pemegangnya dan digunapakai untuk berhubung ke seluruh dunia. Mereka yang ingin mendapatkan lesen kelas A, perlu terlebih dahulu memiliki lesen kelas B untuk sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum boleh memohon untuk menduduki ujian CW (continous wave) atau Kod Morse. Hanya mereka yang lulus sahaja akan diberikan lesen kelas A dan boleh mengendalikan perkakasan radio berkeupayaan tinggi selain boleh berhubung menggunakan Kod Morse hanya dengan menggunakan bateri berkuasa 9 volt

Bagaimana Radio Amature Beroperasi

Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya). Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society (MARTS) tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital. Pada 6 Disember 2008 pula, Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society (MARES) telah menubuhkan komunikasi kecemasan di Bukit Antarabangsa, Ampang untuk membantu dalam memberi liputan dan juga bantuan dari s

Apa itu Radio Amature

Radio amatuer merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu. Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancar