Posts

Showing posts from November, 2009

How Ham Radio Works

A teen in Florida makes friends over the airwaves with a ham in Germany. An aircraft engineer in Washington participates in an annual contest and exchanges call signs with hams in 100 countries during a single weekend. In North Carolina, volunteers pass health and welfare messages in the aftermath of a hurricane. This mix of fun, public service, friendship and convenience is the main feature of amateur radio. The true origin of the term "ham" seems to have been lost, but there are several theories. It may simply be a shortcut way of saying the first syllable of amateur radio, or it may have originally been used as an insult. Hams start out in amateur radio for many reasons, but they all have in common a basic knowledge of radio technology, regulations and operating principles. Ham radio can be very portable and affordable. In this article, we will look at ham radio and show you how to get started in this wireless world!

Berminat dengan hobi Radio Amatur??

Hanya individu yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut: Pertama: Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio untuk mendapatkan Sijil Perakuan Kelas B, jika anda lulus anda layak berkomunikasi dengan tanda panggilan 9W2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia dan 9W6 dan 9w8 untuk Sabah serta Sarawak. Kedua: Selepas satu tahun anda memegang Sijil Perakuan Kelas B. Menduduki ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori radio untuk mendapatkan Sijil Perakuan Kelas A. Selepas anda lulus ujian kedua ini anda layak berkomunikasi keseluruh dunia dengan tanda panggilan 9M2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia dan 9M6 dan 9M8 untuk Sabah serta Sarawak.

Undang-undang Radio Amatur

Lesen radio amatur di negara ini terbahagi kepada 2 kelas iaitu A dan B. Lesen B merupakan lesen asas yang dikeluarkan kepada calon yang lulus RAE. Lesen B membolehkan operator radio amatur mengendalikan radio pada julat dan kuasa pancaran (watt) yang lebih rendah berbanding pemegang lesen kelas A. Pemegang lesen kelas B akan mendapat callsign yang bermula dengan 9W2 atau disebut sebagai Nine-Whiskey-Two manakala pemegang lesen kelas A disebut sebagai 9M2 atau Nine-Mike-Two. Callsign tersebut adalah unik bagi setiap pemegangnya dan digunapakai untuk berhubung ke seluruh dunia. Mereka yang ingin mendapatkan lesen kelas A, perlu terlebih dahulu memiliki lesen kelas B untuk sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum boleh memohon untuk menduduki ujian CW (continous wave) atau Kod Morse. Hanya mereka yang lulus sahaja akan diberikan lesen kelas A dan boleh mengendalikan perkakasan radio berkeupayaan tinggi selain boleh berhubung menggunakan Kod Morse hanya dengan menggunakan bateri berkuasa 9 volt

Bagaimana Radio Amature Beroperasi

Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya). Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society (MARTS) tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital. Pada 6 Disember 2008 pula, Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society (MARES) telah menubuhkan komunikasi kecemasan di Bukit Antarabangsa, Ampang untuk membantu dalam memberi liputan dan juga bantuan dari s

Apa itu Radio Amature

Radio amatuer merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu. Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancar